Cara untuk bergembira meskipun dalam kesediahan
Daripada Gospel Translations Malay.
By John Piper
About Christian Hedonism
Part of the series Taste & See
Translation by Victoria Phang
You can help us improve by reviewing this translation for accuracy. Learn more (English).
Kedukaan ketuhanan: Kepunyaan Yesus and kami
Hedonis Kristian menerima kedukaan yang tidak dapat dielakkan untuk kemuliaan Tuhan. Dari satu segi, kita betul-betul mengabdikan diri untuk mendapatkan kegembiraan dalam Tuhan setiap masa. Sebaliknya, kita tahu orang-orang ketuhanan mempunyai bermacam-macam perasaan selain daripada kegembiraan. Bukan cuma perasaan kegembiraan itu perasaan baik sahaja. Tetapi, tanpa kegembiraan dalam Tuhan, perasaan lain tidak akan baik. Sama ada sebagai suatu bahagian mahupun hasil sampingan yang menyiringi perasaan ketuhanan, kegembiraan dalam Tuhan itulah yang menjadi perasaan baik.
Fikirkan kedukaan. Yesus and Roh Kudus tidak pernah berdosa. Tetapi kedua-dua-Nya pernah sedih. Kedua-dua-Nya pernah berduka. Jadi, kedukaan ketuhanan mungkin berlaku.
Bukan itu sahaja, kedukaan ketuhanan adalah mungkin berlaka kepada pendosa juga. Ia mungkin berlaku sebenarnya kerana dosa kita. Suatu bentuk kedukaan ialah kedukaan kerana melakukan sesuatu kesalahan. Jadi, Paulus menulis surat kepada orang-orang Korintus:
Sungguhpun aku membuatkan kamu sedih dengan surat aku, aku tidak menyesal…. Aku berasa girang bukan kerana kamu sedih, tetapi kerana kamu sedih lalu bertaubat. Kerana kamu berasa kesedihan ketuhanan lalu kamu tidak kerugian apa-apa oleh kerana kami. 10 Kesedihan ketuhanan mendorongkan kamu bertaubat lalu terselamat tanpa kesesalan sementara kesediahan keduniaan membawa maut. (2 Korintus 7:8-10).
Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara yang menentukan kedukaan membawa kebaikan. Satu ialah punca, satu lagi ialah akibat. Punca kedukaan ketuhanan kerana dosa kita sendiri adalah suatu tanggapan rohaniah kepada kehodohan moral, bukan cuma akibat negatif dosa itu. Kita melihatnya sebagai bertentangan dengan moral. Pertentangan ini adalah disebabkan pilihan kerohanian kita terhadap cita rasa kebenaran and keindahan Tuhan. Jadi, kedukaan kita kerana dosa berpunca dari rasa nikmat kita kepada Tuhan. Dosa merupakan rasa meluat di perayaan ketuhanan. Jadi kedukaan terhadap dosa adalah suatu tanda bahawa kita bergirang dalam Tuhan. Itulah yang membuatkan kedukaan mendatangkan kebaikan kepada kita.
Akibat kedukaan baik kerana dosa ialah ketaubatan and kekudusan. Sebenarnya, ketaubatan meliputi rasa duka terhadap dosa and meluaskannya kepada suata pengalaman lebih berpanjangan dalam kehidupan yang suci. Kehidupan suci ini merupakan suatu bentuk luaran yang menunjukkan kegembiraan kita dalam Tuhan melampaui segala dosa. Jadi, kegembiraan dalam Tuhan membawa kedukaan and ketaubatan baik untuk kita.
Apa pula dengan kedukaan yang bukan kerana dosa kita sendiri, tetapi orang lain berdosa kepada kita atau kita dilukakan oleh bencana or kehilangan? Yesus berduka begini. Contolnya, bila Ia melihat Farisi berbisik-bisik tentang penyembuhan yang Ia lakukan pada hari Sabat, dengan marah Ia memandang sekeliling-Nya, and sedih dengan kekerasan hati mereka (Markus 3:5). Dan di taman Getsemani, Ia berkata, “Jiwa aku sangat berduka seperti mahu mati rasanya. Tinggallah di sina dan berjaga-jagalah.” (Markus 14:24).
Kedukaan Yesus bukanlah disebabkan dosa-Nya sendiri, tetapi dosa orang lain. Begitu juga dengan Roh Kudus. Paulus menyeru kita hapuskan dosa dari hidup kita supaya kita tidak menyedihkan Roh Kudus. “Jangan benarkan kata-kata yang merosakkan akhlak keluar dari mulut kamu. Hanya benarkan kata-kata bagus untuk membina kita, sesuai dengan keadaan, supaya kata-kata itu memberikan kurnia kepada siapa-siapa yang mendengarnya. Dan jangan menyedihkan Roh Kudus Tuhan yang telah memeteraikan kamu menjelang hari penyelamatan. (Efesus 4:29-30)
Dengan cara yang sama penganut menerima kesedihan ketuhanan bukan kerana dosa kita sendiri tetapi dosa orang lain and kesakitan disebabkan oleh kehilangan. Contolnya, Petrus berkata mengenai kesediahan terhadap percubaan. “Dalam ini kamu bergirang sungguhpun untuk sekejap sahaja, di mana perlu, kerana kamu telah disedihkan oleh berbagai-bagai percubaan. (1 Petrus 1:6). Paul berkata tentang kesedihan kita kerana kehilangan orang yang tersayang. “Kita tidak mahu kamu tidak diberitahu, saudara-saudara, tentang mereka yang meninggal, supaya kamu tidak bersediah seperti orang lain yang tiada harapan” (1 Tesalonika 4:13). Dan Paul merujukkan kepada kesedihannya sendiri terhadap kehilangan saudaranya. “Hati nurani aku menjadi saksi aku dalam Roh Kudus – bahawa aku sangat berdukacita and tersiksa tidak berhenti-henti di dalam hati aku (Roma 9:1)
Walau bagaimanapun Paulus membuat penyataan yang menghairankan di 2 Korintus 6:10 bahawa apa yang meninggalkan kesan tentang kehidupannya yang akan juga melambangkan kehidupan kita adalah “berduka tetapi masih bergirang.” Inilah yang membuatkan kedukaan kita ketuhanan. Aku tidak mendakwa bahawa pengalaman ini ringkas atau kita boleh berkata dengan lengkap mengenai apa maksudnya berasa gembira dalam kedukaan. Menangis tersedu-sedu pada kehilangan orang tersayang kita nampaknya bukan kegembiraan. Sebenarnya ini bukan kegembiraan dengan kepenuhan, kerana kita akan tahu bila “Ia akan mengesat setiap air mata dari mata mereka, dan maut tidak ada lagi. Perkabungan, tangisan and kesakitan tiada lagi kerana perkara dahulu sudah berlalu” (Wahya 21:4)
Sebaliknya, kegembiraan yang mengalami kedukaan adalah cecapan kegembiraan dalam Tuhan yang akan datang yang kita harapkan di masa depan. Bila Yesus sedang berasa sangat duka seperti mahu mati rasanya di Gethsemane, Ia ditabahkan dengan kegembiraan yang tersedia di depan-Nya. (Ibrani 12:2). Ini tidak bermakna bila Ia berada di taman atau di atas salib Ia boleh merasa kegembiraan semasa kebangkitan dari mati. Tetapi itu bermakna Ia memang mengharapkannya dan harapan itu ialah cecapan kegembiraan itu yang akan datang seterusnya.
Dengan itu, kita mengerang di sini sementara menunggu penebusan badan kita and penghapusan semua dosa kita (Roma 8:23). Erangan and kesediahan adalah ketuhanan jika ia dibentukkan oleh girangan dengan harapan kemuliaan (Roma 5:2-3). Kegirangan dibalut oleh kesakitan. Tetapi ia berada di sana dalam bentuk benih. Suatu hari nanti ia akan membesar menjadi suatu pokok anggur yang menghasilkan arak yang kegirangan sempurna.
Jadi marilah kita menerima apa sahaja kedukaan yang Tuhan tetapkan untuk kita. Kita jangan berasa malu dengan air mata kita. Janji kegembiraan yang akan datang bersama dengan perkabungan (Mazmur 30:5) menabahkan hati kita and membentuk kesedihan kita melalui kuasa and kebaikan Tuhan.