Apa kena-mengena dengan kamu? Kamu ikut saya!

Daripada Gospel Translations Malay.

Lompat ke:pandu arah, gelintar

Related resources
More By John Piper
Author Index
More About Encouragement
Topic Index
About this resource
English: What Is That to You? You Follow Me!

© Desiring God

Share this
Our Mission
This resource is published by Gospel Translations, an online ministry that exists to make gospel-centered books and articles available for free in every nation and language.

Learn more (English).
How You Can Help
If you speak English well, you can volunteer with us as a translator.

Learn more (English).

By John Piper About Encouragement
Part of the series Taste & See

Translation by Victoria Phang

Bebas dari pembandingan dengan kata-kata terus terang

Selepas kebangkitan dari maut, Yesus menanya Petrus tiga kali samada dia kasihi-Nya. Petrus menjawab, “Ya” tiga kali. Kemudian Yesus memberitahu Petrus bahawa dia akan di menemui maut – nampaknya disalib, Petrus tertanya-tanya tentang bagaimana dengan John. Jadi dia tanya Yesus, “Bagaimana dengan orang itu?” Yesus tidak mengendahkan soalan itu sambil berkata, “Apa kena-mengena dengan kamu? Kamu ikut saya”. Seluruh pertukaran perbualan tersebut adalah seperti ini:

Aku benar-benar berkata kepada kamu, bila kamu masih muda, kamu memakai pakaian and pergi ke mana-mana kamu mahu. Tetapi bila kamu sudah tua, kamu meregangkan tangan supaya orang lain membalutkan kamu and mendokong kamu ke tempat yang kamu tidak mahu pergi.” (Dia berkata ini untuk menunjukkan apa jenis maut Petrus akan alami untuk memuliakan Tuhan.) Dan selepas habis kata-kata ini dia berkata lagi kepada Petrus, “Ikutlah saya.” Petrus membelok lalu nampak pengikut yang Yesus kasihi sedang mengikuti mereka. (Inilah pengikut yang bersandar pada meja berdekatan dengan Yesus and berkata, “Tuhan, siapa yang akan mengkhianati kamu?”) Petrus nampak dia lalu berkata kepada Yesus, “Tuhan, apa pula dengan orang ini?” Yesus berkata kepada Petrus, “Jika saya hendak dia menunggu di sini sehingga saya kembali, apa kena-mengena dengan kamu? Kamu ikut saya (Yohanes 21:18-22)

“Ini bukan perkara kamu, ikut saya” – Saya suka jawapan terus terang dari Yesus ini. Kata-kata itu membebaskan orang dari beban menyedihkan oleh pembandingan yang membawa padah. Kadang kala bila saya mengimbas ikhlan dalam Christianity Today (sebanyak sepuluh ribu), saya beras tawar hati. Saya masih berasa tertekan oleh cadangan perkhidmatan yang mencurah-curah itu, sungguhpun tidak sebanyak berbanding dengan dua puluh lima tahun yang lalu.

Buku demi buku, persidangan demi persidangan, DVD demi DVD – memberitahu saya apa saya boleh buat untuk berjaya dalam perkhidmatan kepada Tuhan. Kesemua benda itu secara tidak ketara menyampaikan suatu perutusan bahawa saya masih tidak berjaya. Penyembahan kamu boleh dilakukan dengan lebih baik. Khutbah kamu boleh disampaikan dengan lehih baik. Penyebaran khabar baik kamu boleh dibuat dengan lebih baik. Jagaan pastoral kamu boleh dibuat dengan lebih baik. Perkhidmatan belia kamu boleh lebih baik. Misi kamu boleh lebih baik. Di sinilah apa yang boleh bantu kamu berkhidmat dengan lebih berkesan. Beli buku ini. Pergi sini dan sana menghadiri persidangan. Ikut cara ini. Saya sendiri juga menambah beban itu – saya mengarang beberapa buah buku itu dan saya juga menyampaikan sesetengah persidangan itu.

Jadi kata-kata terus terang Yesus memberangsangkan saya (dan kamu): “Apa kena-mengena dengan kamu? Kamu ikut saya!” Petrus baru terdengar kata-kata tegas itu. Kamu akan mati – dengan penuh kesakitan. Ingatan pertama yang terimbas di fikirannya ialah pembandingan. Bagaimana dengan masa depan Yohanes? Kalau saya terpaksa menderita, adakah dia juga menderita? Kalau perkhidmatan saya berakhir dengan keadaan begitu, adakah keadaannya juga sama? Kalau saya tidak dapat mencapai suatu hidup lama dalam perkhidmatan yang berhasil, adakah dia juga dapat?

Begitulah kita orang berdosa berhubung antara satu sama lain. Pembandingan. Pembandingan. Pembandingan. Kita teringin sangat hendak tahu kemungkinan untuk kita berjaya berbanding dengan dengan orang lain. Kita akan berasa lehih unggul kalau kita jumpa seseorang yang tidak begitu handal seperti kita. Adoi! Sehingga hari ini saya masih ingat nota kecil yang ditampal oleh Penolong Penduduk di Dewan Elliot semasa saya sebagai pelajar tahun akhir di Wheaton: “Untuk mengasihi, jangan berbanding.” Apa kena-mengena dengan kamu, Piper? Ikutlah saya.

Kata-kata itu diterima oleh saya dengan gembira. Yesus tidak akan mengadili saya menurut kedudukan tinggi atau rendah daripada orang lain. Saya tidah perlu membanding dengan pengkhutbah lain, gereja lain, atau perkhidmatan lain. Kesemua ini bukanlah piawai. Yesus menyerahkan suatu tugas kepada saya (dan suatu tugas lain kepada kamu). Tugas ini tidak diberi kepada siapa-siapa orang. Kurnia terlimpah kepada saya untuk melakukan tugas saya. Relakah saya percaya kepada limpah kurnia dari-Nya untuk menjalankan tugas yang diperuntukkan kepada saya? Inilah soalannya. Kata-kata tegas dari Yesus memberikan kebebasan kepada kita!

Hari ini kamu mendengar Yesus menyeru orang yang merisau dengan pembandingan: “Apa kena-mengena dengan kamu? Ikutlah saya”. Saya harap seruan Yesus membebaskan kamu dan menggalakkan kamu.

Semoga berjalan dalam kebebasan bersama dengan kamu,

Pastor John