Adat-adat Manusia
Daripada Gospel Translations Malay.
By Jerry Bridges
About Sanctification & Growth
Part of the series Tabletalk
Translation by Victoria Phang
Setiap struktur masyarakat mempunyai peraturan yang menjelaskan kelakuan yang boleh diterima atau tidak untuk ahli-ahlinya. Perniagaan atau sekolah mungkin mempunyai tata pakaian. Pertandingan olahraga dikawal oleh peraturan. Semua entity kerajaan ada peraturan. Keluarga yang diurus dengan baik ada peraturan rumah yang diturunkan secara kata-kata dari ibu bapa kepada anak-anak. Yang penting sekali, Tuhan ada peraturan untuk insan-Nya, yang diberikan kepada kita dalam Bible. Dalam Mazmur 119, peraturan ini dipanggil berbagai nama seperti “undang-undang”, “ketetapan”, “ajaran” and “perintah”.
Jika peraturan adalah begitu biasa dan merangkumi seluruh struktur masyarakat, kenapa isu undang-undang selalu hangat dibincangkan dan berpecah belah di kalangan kristian? Kenapa kita berasa gemuruh dengan peraturan rumah tangga untuk keluarga Tuhan? Satu sebab adalah kita menokok tambah peraturan kita sendiri ke dalam peraturan Tuhan seperti Kaum Farisi dalam masa hidup Yesus. Kita cuba tolong Tuhan dengan menambahkan perkara buatan manusia mengenai apa yang patut and tidak patut dilakukan ke dalam perintah-Nya.
Namun, Yesus mencela Kaum Farisi dengan keras kerana mereka mengajar rukun-rukun untuk manusia sebagai doktrin (iaitu, undang-undang rasmi Tuhan) (Markus 7:5-8). Teguran-Nya tetap sah untuk kita kerana kita juga selalu hendak meninggikan peraturan buatan manusia kita ke paras Alkitab. Bila kita berbuat demikian, kita bersalah kerana mengikat hati nurani kita kepada perkara-perkara yang Tuhan tidak sebut. Kita panggil ini sebagai ultrakeundangan praktik.
Peraturan buatan manusia ini berasal dari mana? Kebanyakannya bermula dari apa yang biasanya dipanggil “pagar”. Pagar ialah sekatan yang bererti baik untuk membantu mencegah dosa sebenar. Pada suatu malam saya berada seorang diri dalam bilik hotel. Saya menyelak-nyelak saluran TV mencari hiburan yang tidak memudaratkan. Jelasnya ini bukan dosa. Walau bagaimana pun, saya berhenti pada sebuah wayang gambar yang terbukti mengghairahkan. Rancangan itu meransangkan sifat dosa saya. Saya membina “pagar” peribadi akibat peristiwa itu. Saya berjanji kepada diri saya supaya tidak memasang TV bila saya bersendirian kecuali saya hendak menonton rancangan tertentu.
Saya mencurigai ramai kristian membina pagar sendiri dalam banyak bahagian hidup mereka. Pagar peribadi bukannya sesuatu yang buruk pada dirinya. Mereka boleh menolong kita mencegah dosa sebenar. Tetapi mereka boleh membawa kita ke ultrakeundangan bila kita menaikkan mereka ke paras sama dengan undang-undang Tuhan – iaitu, bila kita cuba mengenakan sekatan peribadi kita kepada orang lain.
Saya percaya Bible lebih mengajar kesederhanaan daripada menjauhkan diri dari meminum arak. Namun, disebabkan salahguna arak meluas di kalangan masyarakat kita, ramai di antara kita memutuskan akan menjauhkan diri dari arak. Ini adalah pagar yang kita bina and ia adalah betul-betul sah selagi kita gunakannya atas diri kita sendiri. Tetapi bila kita menilai kristian lain yang mengamalkan kesederhanaan bukan menjauhkan diri, kita meningkatkan keyakinan peribadi kita ke paras undang-undang Tuhan. Kita sedang mengamalkan ultrakeundangan.
Pengikut Paulus menghadapi isu ultrakeundangan praktik lain dalam masa hidupnya. Paulus memanggilnya sebagai “pertikaian pada perkara yang meragukan”. Jelasnya terdapat dua isu – memakan daging dan mematuhi hari khas tertentu (Rom 14:2, 5). Jawapan Paulus mempunyai makna dua kali ganda. Pertama, kita mesti sedar bahawa Tuhan telah memberi kita kebebasan untuk memiliki pendapat yang berbeza terhadap isu yang tidak dikemukakan di dalam Alkitab. Kedua, kita tidak patut menilai atau menghina orang yang berpendapat berbeza dengan kita.
Untuk menahan diri supaya tidak menilai orang lain yang mengamalkan kebiasan yang berbeza dengan kita adalah salah satu perkara yang lebih sukar kita lakukan. Kita sukar untuk percaya bahawa suatu kebiasan yang kita anggapkan sebagai berdosa untuk kita sebaliknya bukan dosa untuk orang lain. Dan lagi Paulus menulis, “Biarlah setiap orang yakin penuh akan diri sendiri dalam fikirannya. (Rom 14:5).
Kini orang biasa memakai pakaian bersahaja ke gereja. Tetapi saya dibesarkan dalam zaman bila mana orang memakai “pakaian yang paling cantik” untuk beribadat. Akibatnya, sepanjang suatu masa yang lama saya memendam sikap penilaian terhadap mereka yang datang ke gereja dengan pakaian bersahaja. Saya menganggap perbuatan itu kurang rasa hormat kepada Tuhan. Walau bagaimanapun akhirnya saya terpaksa menyimpulkan bahawa isu itu tidak dikemukakan dalam Alkitab. Saya mesti membenarkan orang lain menggunakan kebebasan yang Tuhan benarkan kepada mereka. Kalau tidak, saya berbalik semula kepada ultrakeundangan.
Beberapa perbezaan pendapat seperti mengenai pakaian tersebut lebih cenderung terhadap pengaruh keturunan. Perbezaan yang lain lebih cenderung kepada keadaan geografi. Saya dibesarkan dalam satu gereja di mana remaja lelaki and perempuan tidak dibenarkan berenang bersama. Namun, kita boleh menerima dengan baik kelakuan bagi perempuan memakai kosmetik. Kemudian, sebagai seorang dewasa, saya menghadiri satu gereja di Pantai Barat yang benar-benar sama konservatif seperti gereja yang mana saya dibesarkan. Di sini, orang-orang muda sering pergi ke pantai bersama dalam kegiatan belia. Tetapi perempuan yang memakai kosmetik dianggapkan sebagai “keduniaan”. Saya pasti, dahulu bila pemimpin-pemimpin dari kedua-dua gereja itu mengenakan sekatan itu, mereka berasa mempunyai alasa yang baik untuk berbuat demikian. Tetapi pada hakikatnya mereka membuat peraturan mereka sama dengan perintah Tuhan.
Saya agak pemimpin-pemimpin gereja yang memutuskan bahawa remaja lelaki and perempuan berenang bersama adalah berdosa pada hal mereka bimbang bahaya rupa nafsu. Itu memangnya dosa yang Yesus khususnya mengingatkan kita dalam Matius 5:27-28. Namum begitu, peraturan mengenai berenang bersama tidak menumpukan perhatian kepada amalan yang jauh lebih bahaya kepada remaja yang duduk berdua-duaan dalam kereta yang terletak di suatu tempat, bercium-ciuman and membelai-belaian satu sama lain.
Ini menunjukkan masalah peraturan buatan manusia yang lain. Di samping mengikat hati nurani dalam lingkungan yang tidak disebut oleh Tuhan, mereka selalu gagal menumpukan perhatian kepada isu sebenar. Peraturan memang tidak termasuk kesemua keadaan. Remaja lelaki boleh mencari satu dozen tempat selain dari kolam renang untuk menurut kemahuan dalam rupa nafsu, di samping masalah kereta terletak itu. Jadi, sebaliknya kita mesti menolong remaja mengembangkan keyakinan dari Bibile mengenai kesucian jantina dan bukannya menetapkan peraturan mengenai berenang bersama dengan jantina lain. Kita boleh menunjukkan mereka kepada petikan Alkitab seperti 2 Timotius 2:22 – “Lari daripada nafsu muda,” - dan menolong mereka mengenal pasti keadaan dari mana mereka perlu melarikan diri. Bila kita berbuat demikian, kita menolong mereka mengenal pasti dan menahan diri dari keadaan yang boleh merangsangkan nafsu seks mereka.
Penyelesaian kepada semua ultrakeundangan praktik dari peraturan buatan manusia ialah mengembangkan dan mengajar keyakinan berdasarkan Bible. Jika Bible tidak melarang amalan itu, kita juga tidak patut. Pada masa yang sama kita patut tertumpu kepada apa yang Bible ajar kita. Contolnya, Bible menitikberatkan kepentingan kawalan kendiri. Ia mengajar kita bahawa samada kita makan atau minum, kita patut berbuat demikian untuk kemuliaan Tuhan (1 Kor 10:31). Orang yang meminum arak patut berbuat demikian untuk memuliakan Tuhan, dan orang yang memakan potongan daging patut berbuat demikian untuk memuliakan Tuhan.
Jadi samada menonton rancangan televisyen, berenang dengan jantina lain, atau memakai kosmetik, kita boleh mengenakan peraturan Bible: Bolehkah saya buat ini untuk memuliakan Tuhan? Dan kemudian kita terpaksa menerima hakikat bahawa, menurut Paulus dalam Rom 14, jawapan kepada soalan itu mungkin berbeza untuk orang lain. Ini adalah cara kita mencegah ultrakeundangan praktik dari peraturan buatan manusia.