Adakah Penderitaan sentiasa difahami?
Daripada Gospel Translations Malay.
By John Piper
About Suffering
Part of the series Ask Pastor John
Translation by Victoria Phang
Berikut adalah transkrip audio yang telah disunting.
Adakah penderitaan sentiasa difahami?
Tidak, sudah pasti ia tidak difahami oleh kita. Tetapi ia difahami oleh Tuhan. Jadi ia bukanlah tidak rasional atau tidak munasabah.
Sudut pandangan kita tidak sama seperti sudut pandangan Tuhan. Kita tiada pandangan Tuhan. Terdapat banyak sekali perbandingan untuk ini. Pada pendapat saya, perbandingan yang saya paling gemari adalah mengenai permaidani. Saya percaya perbandingan ini digunakan oleh Corrie ten Boom yang menderita semasa Perang Dunia II bila dia dipenjara kerana menolong orang-orang Yahudi.
Corrie berkata bahawa penderitaan dalam dunia ini adalah seperti melihat bahagian bawah dewangga. Tuhan bertenunnya bermula dari bahagian atas sehingga ke bawah. Dia boleh melihat bagaimana gambaran itu berkembang sedikit demi sedikit. Kita pula melihatnya semata-mata benang yang kusut. Rupanya langsung tidak masuk akal. Tetapi ia sebenarnya adalah dewangga yang sama.
Dalam Bible Tuhan memberi kita cukup bukti mengenai kebijaksanaan-Nya sebagai penenun dewangga. Dia juga memberi kita cukup imbasan bagi gambaran besar dewangga itu, dan juga berjanji akan membuatkan semua benang dalam hidup kita menjadi cantik. Sungguhpun kita hanya boleh melihat bahagian bawah dari semasa ke semasa, kita boleh mempercayai-Nya. Kita berbuat begitu semasa kita dalam kesusahan.
Kita tidak perlu memahami penderitaan kita atau orang lain mendalam sehingga ke tarap kenapa ia terjadi sekarang, ke tahap ini and dengan akibat begini. Kita tidak boleh lihat kesemua ini. Apa yang kita boleh lihat adalah janji-janji-Nya, “Saya akan mengerjakan semasa perkara bersama supaya kamu dapat faedah,” dan “Saya akan membesarkan kurnia saya dalam kelemahan kamu.” Tuhan memberi kita cukup nasihat dalam Bible untuk mengetahui dewangga yang tergantung di atas dan saya adalah sebahagian daripadanya dan ia akan menjadi indah. Saya akan bergantung kepada dia.
Sudikah kamu berdoa untuk orang yang sedang bertarung dengan penderitaan sekarang?
Amen. Sila berdoa.
Bapa, saya berdoa dengan pengikut Paulus bahawa kamu akan memberi keteguhan jiwa kepada kesemua orang yang mendengar saya sekarang, menurut kekayaan dalam kemuliaan kamu melalui Roh Kudus kamu. Saya berdoa supaya Kristus tinggal dalam hati mereka melalui keimanan and mereka akan berakar umbi sampai ke tanah berasaskan pada kasih saying. Saya berdoa bahawa mereka akan mempunyai kuasa, kuasa keagamaan, bersama-sama dengan orang-orang kudus untuk memahami makna tinggi, dalam, panjang and lebar kasih-Nya dan mengetahui kasih Kristus yang melampaui pengetahuan di tengah-tengah penderitaan mereka.
Saya berdoa supaya Kristus merupakan harta karun yang berharga kepada mereka supaya dia menjadi harapan, tenaga and kegembiraan untuk mereka. Tuhan, buatkan Yesus betul-betul sebenar, berkuasa, mendalam, tulen, dan pasti tidak goyah, supaya mereka tidak mengetepikan sikap tidak percaya bila mereka menghadapi kesakitan dalam hidup mereka.
O Tuhan, limpahkan kurnia yang berkekalan kepada mereka.
Kurnia tidak halang sesuatu yang tidak bahagia,
Juga tidak lari dari kesemua kebimbangan, tetapi:
Kurnia yang mengarah kesusahan and kesakitan,
Dan dalam kegelapan dia mengekalkan kita.
Tabahkan hati semua orang, Tuhan, oleh kurnia kamu bila mereka bergantung kepada kamu.
Dalam nama Yesus saya berdoa. Amen.