Bukan Bayangan, Gema Dan Sisa

Daripada Gospel Translations Malay.

(Perbezaan antara semakan)
Lompat ke:pandu arah, gelintar
PagePush (Perbualan | sumb.)
(Automated: copied from main site)
Suntingan berikutnya →

Semakan pada 16:56, 24 Ogos 2009

Related resources
More By John Piper
Author Index
More About Sanctification & Growth
Topic Index
About this resource
English: O Be Not Mere Shadows, Echoes, and Residue

© Desiring God

Share this
Our Mission
This resource is published by Gospel Translations, an online ministry that exists to make gospel-centered books and articles available for free in every nation and language.

Learn more (English).
How You Can Help
If you speak English well, you can volunteer with us as a translator.

Learn more (English).

By John Piper About Sanctification & Growth
Part of the series Taste & See

Translation by Dave Chong

Review You can help us improve by reviewing this translation for accuracy. Learn more (English).


Kita bukan Tuhan. Jika dibandingkan dengan Realiti Tuhan yang maha unggul, kita amatlah kerdil. Kewujudan kita bergantung kepada kewujudan mutlakNya. Allah adalah satu-satunya keabadian dalam alam semesta. Kita berpunca daripadaNya. Allah sentiasa wujud dan tiada pendahuluanNya. Jadi, Dia tidak dicipta daripada yang lain. Kita pula makhluk ciptaanNya. Dia tetap berkekalan. Tapi kita berubah. NamaNya "AKU ADALAH AKU." (Keluaran 3:14).

Namun, kerana Tuhan telah mencipta manusia untuk matlamat tertinggi di dunia – iaitu menikmati dan memaparkan kemuliaan Pencipta – kita mungkin memperoleh hidup yang kekal selamanya. Inilah sebab kita dikurniakan hidup (“Segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia,” Kolose 1:16). Inilah sebab anugerah seks diselamatkan (“Jauhkanlah dirimu dari percabulan!…Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Oleh itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu!” 1 Korintus 6:18-20)

Inilah sebab kita makan dan minum (“Jika engkau makan atau jika engkau minum, atau jika engkau melakukan sesuatu yang lain, lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Allah.” (1 Korintus 10:31). Inilah sebab kita berdoa (‘Apa juga yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan di dalam Anak,” Yohanes 14:13) Inilah sebab kita berbuat baik (“Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di syurga," Matius 5:16)

Inilah sebab kita wujud – untuk mempamerkan kemuliaan Tuhan. Riwayat hidup manusia segalanya demi Tuhan. Itulah erti hidup seseorang insan’. Sifat dasar kita sebagai makhluk ciptaan suatu kerinduan untuk mengagungkan Tuhan. Kemuliaan manusia bersandarkan penyembahan Tuhan yang mulia.

Apabila kita menunaikan makna hidup manusia ini, kita mempunyai sesuatu yang kukuh dan penting. Hayat kita dipenuhi makna dan nilai abadi. Apabila kita kenali, nikmati dan (dari itu) memaparkan kemuliaan Tuhan, kita mengambil bahagian dalam kemuliaan Tuhan sendiri. Bukan beerti kita akan jadi seperti Tuhan. Tapi kebesaran dan keindahanNya menyelubungi hidup kita apabila kita menyedari matlamat kewujudan alam semesta – bagi menonjolkan keunggulanNya. Itulah penghargaan berat bagi realiti kita.

Jika tidak ditunaikan matlamat hidup ini, kewujudan manusia hanyalah bayangan daripada tubuh asal yang dicipta Tuhan. Jika tidak menghargai Tuhan di atas segalanya, kita seakan gema ekoran bunyi muzik karanganNya. Kewujudan ini hanyalah sisa kesan daripada ciptaan yang asli.

Suatu tragedi yang amat menyedihkan. Manusia tidak dikurniakan hanya sebagai
bayangan dan gemaan dan sisa peninggalan sahaja. Kita dicipta untuk menonjolkan imej Tuhan sendiri, menghasilkan muzik yang tulen dan memberi kesan mendalam sepertiNya. Inilah maknanya untuk dicipta dalam gambaran Tuhan (Kejadian 1:27). Tapi apabila manusia membelakangi Pencipta dan lebih menghargai benda lain, mereka akan menjadi seperti apa yang disembah itu – remeh, ringan, susut nilai, lemah dan memperkecilkan Tuhan.

Dengarlah kata Pemazmur ini, “Berhala bangsa-bangsa adalah perak dan emas, buatan tangan manusia, mempunyai mulut, tetapi tidak dapat berkata-kata, mempunyai mata, tetapi tidak dapat melihat, mempunyai telinga, tetapi tidak dapat mendengar, juga nafas tidak ada dalam mulut mereka. Seperti itulah jadinya orang-orang yang membuatnya, semua orang yang percaya kepadanya.” (Mazmur 135:15-18).

Fikirkanlah dengan rasa gementar. Anda menjadi seperti barang ciptaan manusia yang anda percayai: tidak boleh bercakap, melihat ataupun mendengar. Ini kewujudan bayangan. Ini gema bunyian dan sisa peninggalan daripada matlamat asal anda. Ia seakan wayang kosong di atas pentas sejarah yang hanya penuh kesibukan tapi akhirnya, langsung tidak bermakna.


Wahai, umat Kristen, jangan jadi bayangan dan gema bunyian dan sisa. Bebaskan diri daripada wabak zaman ini yang berpusat kepada manusia sahaja. Teguhkan tugu imanmu seperti gunung batu agar mengamati, mengenali, menikmati dan beramal dalam terang kasih Tuhan. “Hai kaum keturunan Yakub, mari kita berjalan di dalam terang TUHAN!” (Yesaya 2:5)

Dalam cahaya, anda dapat melihat Tuhan dan segalanya yang lain dengan jelas sekali. Anda akan bangun dari mimpi kewujudan di dunia bayangan. Anda rindu dan temui apa yang benar dan anggun. Hidup anda seakan lagu indah karya Tuhan. Ajal hanya akan mengirim anda ke syurga. Apa yang anda tinggalkan itu bukanlah sisa riwayat yang terbengkalai, tapi suatu penghormatan yang termaktub di syurga bagi kegemilangan kasih karunia Tuhan.

Menghindari bayangan dengan anda,
John Piper
[1]