Bagaimana saya boleh memberkati pastor saya?
Daripada Gospel Translations Malay.
(Mencipta laman baru dengan kandungan '{{info|How can I bless my pastor?}}'''Bagaimana saya boleh memberkati pastor saya?''' Bimbing seseorang kepada Kristus. Hidup dengan suci. Jangan hilang keper...')
Semakan semasa pada 16:28, 17 Oktober 2012
By John Piper
About Encouragement
Part of the series Ask Pastor John
Translation by Victoria Phang
You can help us improve by reviewing this translation for accuracy. Learn more (English).
Bagaimana saya boleh memberkati pastor saya?
Bimbing seseorang kepada Kristus. Hidup dengan suci. Jangan hilang kepercayaan bila kamu berpenyakit barah. Didik anak kamu untuk mengasihi Kristus. Lakukan sesuatu dengan radikal untuk misi Tuhan.
Kesamaan yang berada dalam segala hal ini ialah kamu membuktikan dengan hidup kamu bahawa saya tidak membazirkan hidup saya.
Jangan berikan saya kereta Rolls-Royce bila saya mencapai umur enam puluh. Jika kamu sangka kamu memberkati saya dengan hadiah wang bila saya berumur enam puluh, maka rupa-rupanya saya memang membazirkan hidup saya. Saya mahu melihat hidup kamu berubah. Saya mahu melihat kamu menolong orang lain. Dan saya pasti inilah apa yang kamu hendak.
Bila saya menghadiri pertemuan doa dan mendengar orang saya berdoa, saya berkata, “Inilah apa yang saya harapkan untuk hidup saya”.
Mereka berpegang kuat kepada Yesus. Hidup mereka di sini berpecah belah tetapi mereka tidak meninggalkan Tuhan. Mereka bergirang dalam-Nya. Atau saya mendengar seorang bercerita tentang bagaimana dia berkongsi khabar Kristus di tempat kerjanya.
Kesemua perkara ini menyebabkan seorang pastor dapat bertahan segala cabaran.