Menghadapi Rehat Penuh
Daripada Gospel Translations Malay.
(Mencipta laman baru dengan kandungan '{{info|Encountering Absolute Rest}}Semua manusia dicipta daripada salinan tak tumpah seperti Tuhan, and semua manusia tahu bahawa Tuhan mencipta mereka, samada...')
Semakan semasa pada 14:53, 5 September 2012
By Burk Parsons
About Sanctification & Growth
Part of the series Tabletalk
Translation by Victoria Phang
You can help us improve by reviewing this translation for accuracy. Learn more (English).
Semua manusia dicipta daripada salinan tak tumpah seperti Tuhan, and semua manusia tahu bahawa Tuhan mencipta mereka, samada mereka hendak mengaku atau tidak. Kita tahu Tuhan mencipta kita dengan suatu keinginan yang tidak berpuas-puas kepada kebaikan, kebenaran and keindahan. Memang sifat semulajadi kita tahu bahawa kita memerlukan ketiga-tiga benda ini and kita benar-benar memerlukan mereka. Kita tidak teringin sebahagian kebaikan, kebenaran and keindahan, kita teringin kebaikan, kebenaran and keindahan sepenuhnya. Kita berusaha untuk mendapatkan ketiga-tiga mutu asas ini kerana kita tidak dapat menahan diri kita daripada berusaha mendapatkan mereka. Sama seperti Tuhan menyimpan kehidupan abadi di dalam hati kita (Pengkhotbah 3:11, Ia menyimpan kebaikan, kebenaran and keindahan dalam rangka jiwa kita. Kita kekal mengingini kebaikan, kebenaran and keindahan yang tidak terhad supaya Tuhan yang mengandungi mutu-mutu ini mencipta kita untuk mengetahui-Nya yang tidah terhad. Ia adalah permulaan and penghabisan untuk segala kebaikan, kebenaran and keindahan. Jadi menurut tujuan Tuhan, kita tidak akan letih atau bosan dengan mencari, mengetahui and mengasihi mutu-mutu unggul yang mencapai kepuasan dalam Tuhan.
Dalam autobiografi “Confessions (St. Augustine)”, Augustine berdoa, “Oh Tuhan Agung, and amat dipuji, kuasa Kamu sungguh unggul, and kebijaksanaan Kamu tiada hujung. Dan manusia sebagai sebahagian daripada rekaan Kamu, berhasrat puji-memuji Kamu….. Kamu mahu kita rela memuji Kamu kerana Kamu telah mencipta kita untuk diri Kamu and hati kita gelisah selagi kita belum dapat rehat dalam Kamu”.
Hati kita gelisah tanpa Tuhan and kita terus gelisah tidak berhenti sehingga kita bertemu muka denganNya, dan mencari sehingga dapat rehat penghabisan dan melahirkan perasaan yang sepenuhnya dalam penyembahan kepada-Nya yang mencipta kita untuk menyembah-Nya. Sebagai seorang penganut, Sumber bagi kepercayaan kita membuatkan kita bergantung kepadaNya untuk mencari rehat dalam Nya semasa kita mempercayai Tuhan. Penghabis bagi kepercayaan kita yang sama itu juga membuatkan kita bergantung hidup kita setiap hari mencari rehat harian hanya dalam Tuhan.
Walau bagaimanapun, kita suka bergantung kepada usaha diri kita sendiri untuk membuat patung-patung yang serupa dengan kita. Kita sentiasa mengejar cuma bayang-bayang kebesaran, kebenaran dan keindahan. Kita Nampak selayang pandang apa-apa yang menggeletek telinga kita, yang menarik minat mata kita and menghiburkan perasaan hati kita, dan kita memburunya dengan segala kebolehan kita. Kedua-dua musuh dalaman dan luaran itu telah menjadi rakan kongsi yang berjaya dalam menghasilkan patung-patung menarik yang berupa kebaikan, kebenaran and keindahan, and cuba menarik perhatian kita daripada Tuhan Pencipta kepada benda-benda ciptaan itu. Sungguhpun demikian, semua ciptaan menyanyi puji-pujian kepada kegemilangan Tuhan di mana-mana sahaja kita menemui kebesaran, kebenaran and keindahan, semoga kita bolen menarik perhatian kita daripada ciptaan manusia and menumpu kepada Tuhan Pencipta.