Cinta Tuhan Demi Tuhan

Daripada Gospel Translations Malay.

(Perbezaan antara semakan)
Lompat ke:pandu arah, gelintar
(Automated: copied from main site)
Baris 1: Baris 1:
{{ info | Loving God for Who He Is: A Pastor's Perspective}}  
{{ info | Loving God for Who He Is: A Pastor's Perspective}}  
-
Suatu penemuan paling mustahak yang pernah saya buat ialah kebenaran ini: Sinar kemuliaan Tuhan paling gemilang dalam bahang kerinduan kita terhadap Nya. Itulah penjana yang mendorong pelayananku sebagai seorang pastor. Ia mempengaruhi setiap tindakan saya.  
+
Salah satu penemuan paling penting yang pernah saya temui ialah kebenaran ini: Saat Tuhan paling dimuliakan di dalam diri saya ialah apabila saya sangat dipuaskan olehNya. Inilah yang menjadi pendorong kepada pelayanan saya sebagai seorang pastor. Ia mempengaruhi setiap tindakan saya.  
-
Sama ada saya makan atau minum atau berkhotbah atau apa saja, matlamat saya adalah untuk memuliakan Tuhan dengan cara saya melakukannya (1 Korintus 10:31). Ertinya, tujuan saya berbuat sesuatu adalah dengan corak yang akan mempamerkan bagaimana kemuliaan Tuhan memuaskan kerinduaan hatiku. Jika khotbah saya memberi tanggapan bahawa Tuhan tidak memenuhi keperluan diri saya sendiri, ianya kepalsuan. Jika Kristus bukan kerinduan hatiku, apakah orang lain akan percaya jika saya mengumumkan kata Yesus, "Akulah roti hidup; barangsiapa datang kepada-Ku, ia tidak akan lapar lagi, dan barangsiapa percaya kepada-Ku, ia tidak akan haus lagi”? (Yohanes 6:35)  
+
Semasa saya makan atau minum atau berkhotbah atau apa sahaja, matlamat saya adalah untuk memuliakan Tuhan melalui perkara yang saya lakukan (1 Korintus 10:31). Ertinya, tujuan saya berbuat sesuatu adalah dengan corak yang akan mempamerkan bagaimana kemuliaan Tuhan memuaskan kerinduaan hatiku. Jika khotbah saya memberi tanggapan bahawa Tuhan tidak memenuhi keperluan diri saya sendiri, ianya kepalsuan. Jika Kristus bukan kerinduan hatiku, apakah orang lain akan percaya jika saya mengumumkan kata Yesus, "Akulah roti hidup; barangsiapa datang kepada-Ku, ia tidak akan lapar lagi, dan barangsiapa percaya kepada-Ku, ia tidak akan haus lagi”? (Yohanes 6:35)  
“Roti” gemilang kerana ia memuaskan kelaparan. “Air hidup” megah kerana ia menghilangkan kehausan. (Yohanes 4:10) Bagaimana harus kita menghargai sumber air di atas gunung yang segar, tulen dan tidak terbatas curahannya? Perlukah kita mengheret baldi-baldi air dari kolam di kaki gunung demi memberi sumbangan kita sendiri kepadaNya? Bukan itu caranya. Kita memberi penghormatan kepada mata air apabila kita rasa dahaga, maka bertelut dan minum dengan penuh kenikmatan. Lepas itu, kita berseru, “Ahhhh!” (itulah penyembahan!), dan meneruskan perjalanan kita dengan kekuatan baru dari air pancut tersebut (itulah pelayanan!).  

Semakan pada 15:27, 1 Julai 2011

Related resources
More By John Piper
Author Index
More About Pastoral Ministry
Topic Index
About this resource
English: Loving God for Who He Is: A Pastor's Perspective

© Desiring God

Share this
Our Mission
This resource is published by Gospel Translations, an online ministry that exists to make gospel-centered books and articles available for free in every nation and language.

Learn more (English).
How You Can Help
If you speak English well, you can volunteer with us as a translator.

Learn more (English).

By John Piper About Pastoral Ministry

Translation by Dave Chong

Review You can help us improve by reviewing this translation for accuracy. Learn more (English).

Salah satu penemuan paling penting yang pernah saya temui ialah kebenaran ini: Saat Tuhan paling dimuliakan di dalam diri saya ialah apabila saya sangat dipuaskan olehNya. Inilah yang menjadi pendorong kepada pelayanan saya sebagai seorang pastor. Ia mempengaruhi setiap tindakan saya.

Semasa saya makan atau minum atau berkhotbah atau apa sahaja, matlamat saya adalah untuk memuliakan Tuhan melalui perkara yang saya lakukan (1 Korintus 10:31). Ertinya, tujuan saya berbuat sesuatu adalah dengan corak yang akan mempamerkan bagaimana kemuliaan Tuhan memuaskan kerinduaan hatiku. Jika khotbah saya memberi tanggapan bahawa Tuhan tidak memenuhi keperluan diri saya sendiri, ianya kepalsuan. Jika Kristus bukan kerinduan hatiku, apakah orang lain akan percaya jika saya mengumumkan kata Yesus, "Akulah roti hidup; barangsiapa datang kepada-Ku, ia tidak akan lapar lagi, dan barangsiapa percaya kepada-Ku, ia tidak akan haus lagi”? (Yohanes 6:35)

“Roti” gemilang kerana ia memuaskan kelaparan. “Air hidup” megah kerana ia menghilangkan kehausan. (Yohanes 4:10) Bagaimana harus kita menghargai sumber air di atas gunung yang segar, tulen dan tidak terbatas curahannya? Perlukah kita mengheret baldi-baldi air dari kolam di kaki gunung demi memberi sumbangan kita sendiri kepadaNya? Bukan itu caranya. Kita memberi penghormatan kepada mata air apabila kita rasa dahaga, maka bertelut dan minum dengan penuh kenikmatan. Lepas itu, kita berseru, “Ahhhh!” (itulah penyembahan!), dan meneruskan perjalanan kita dengan kekuatan baru dari air pancut tersebut (itulah pelayanan!).

Air mata gunung paling dimuliakan apabila kita paling puas menikmati air curahannya. Malang sekali, ramai daripada kita diajar bahawa kewajipan, bukan kenikmatan, adalah cara untuk memuliakan Tuhan. Kita tidak mendapat didikan bahawa kegembiraan dalam Tuhan itulah kewajipan kita! Kerinduan dalam Tuhan bukan suatu pilihan ekstra yang tidak wajib dalam tanggungjawab sebenar seseorang Kristian. Malah, ia tuntutan paling asas sekali. “Bergembiralah kerana TUHAN” (Mazmur 37:4) bukanlah cadangan sahaja, tapi perintah. Begitu juga: "Beribadahlah kepada TUHAN dengan sukacita" (Mazmur 100:2) dan “Bersukacitalah sentiasa dalam Tuhan!” (Filipi 4:4).

Beban pelayananku agar semua sedar bahawa “kasih setia [Tuhan] lebih baik daripada hidup” (Mazmur 63:3). Sekiranya kasih setia Tuhan lebih unggul daripada hidup, ia juga menjangkau segala tawaran duniawi. Ertinya, kita tidak puas dengan kenikmatan hadiah pemberian Tuhan sahaja, tetapi dengan kemuliaan Tuhan sendiri – kasih sayangNya, kuasaNya, kearifan, kesucian, keadilan, kebaikan dan kebenaranNya.

Sebab itulah Asaph berseru, “Siapa gerangan ada padaku di syurga selain Engkau? Selain Engkau tidak ada yang kuingini di bumi. Sekalipun dagingku dan hatiku habis lenyap, gunung batuku dan bagianku tetaplah Allah selama-lamanya.” (Mazmur 73:25–26). Tiada apa-apa ciptaan sempurna Tuhan di atas muka bumi yang dapat memuaskan kerinduaan hati Asaph. Hanya Tuhan mencukupi. Inilah makna Daud yang berkata, “Engkaulah Tuhanku, tidak ada yang baik bagiku selain Engkau!" (Mazmur 16:2).

Daud dan Asaph mengajar kita keinginan berpusatkan Tuhan, yang tidak mungkin puas dengan pemberian harta, kekayaan dan kesihatan badan semata-mata. Hanya Tuhan memenuhi kerinduan kita.

Adalah salah jika kita tidak bersyukur di atas pemberian hadiah Tuhan (”Janganlah lupakan segala kebaikan-Nya!” [Mazmur 103:2]), tetapi ia boleh menjadi pemujaan berhala jika kita menganggap kegirangan daripada hadiah tersebut sebagai cinta untuk Tuhan sendiri. Apabila Daud berkata kepada Tuhan, “Di hadapan-Mu ada sukacita berlimpah-limpah, di tangan kanan-Mu ada nikmat sentiasa” (Mazmur 16:11), hasrat hatinya hanya ingin mendampingi Tuhan, satu-satunya kenikmatan paling memuaskan di alam semesta. Bukan anugerah Tuhan penghayatan hati Daud seperti seorang kekasih.

“Seperti rusa yang merindukan sungai yang berair, demikianlah jiwaku merindukan Engkau, ya Allah. Jiwaku haus kepada Allah, kepada Allah yang hidup. Bilakah aku boleh datang melihat Allah?” (Mazmur 42:1-2) Daud hendak mengalami limpahan kasih dan kemuliaan Tuhan: “Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku mencari Engkau, jiwaku haus kepada-Mu, tubuhku rindu kepada-Mu, seperti tanah yang kering dan tandus, tiada berair. Demikianlah aku memandang kepada-Mu di tempat kudus, sambil melihat kekuatan-Mu dan kemuliaan-Mu.” (Mazmur 63:1-2).

Hanya Allah memuaskan kerinduan Daud kerana dia jejaka yang mengikut kehendak hati Tuhan. Inilah matlamat kita dicipta – mengasihi Tuhan sendiri! Kasih kepada Tuhan bererti kita patuh kepada semua perintahNya, percaya WahyuNya, bersyukur atas segala anugerahNya; tetapi asasnya, mengasihi Tuhan adalah penghayatan diri Tuhan sendiri. Dengan menikmati rahmat Allah kita memuliakan keagunganNya dengan sepenuhnya, meskipun dunia sekitar jiwa kita terlerai. Kita sudah tahu kebenaran ini dari gerak hati dan Alkitab.

Adakah kita rasa penghormatan tinggi daripada seseorang yang melayani kita bermotifkan tuntutan tanggungjawab atau kerelaan setia kawan? Isteri saya paling dihargai apabila saya berkata, “Saya sungguh gembira meluangkan masa denganmu”. Kegirangan saya adalah gema kecemerlangan peribadinya. Begitu juga dengan Tuhan. Sinar kemuliaan Tuhan paling gemilang apabila kita paling puas dalam kenikmatan diriNya. Kita tidak mungkin mencapai kerinduan dalam Tuhan yang sempurna. Saya sering bersedih kerana hatiku merungut apabila kehilangan keselesaan duniawi, tapi saya juga pernah merasai kebaikan Tuhan. Dengan rahmatNya, saya telah jumpa sumber air yang abadi kegiranganNya, dan saya ingin menghabiskan riwayat hidupku untuk memikat sesiapa sahaja datang berkongsi kegembiraan ini supaya mereka juga berkata, “Satu hal telah kuminta kepada TUHAN, itulah yang kuingini: diam di rumah TUHAN seumur hidupku, menyaksikan kemurahan TUHAN dan menikmati bait-Nya.” (Mazmur 27:4).

Karya John Piper
[1]